Sunday, 2 December 2012

BENCI YG TAK BOLEH HILANG!!!!


AKu ni jarang sangat nak benci2 orang atau nak marah2 orang ni tapi dengan 1 kluarga @ pepuan ni memang aku x boleh... Rasa benci meluap-luap pun ade.. Nasib baik anak aku tak terkenan muka orang tu..heheheheh..
 Harap2 dijauhkan anak aku dengan perangai suka tikam orang macam orang tu...

Pada aku pepuan tu mesti jeles dengan apa yg suami aku bagi aku dan apa suami aku beri perhatian kat aku.. Orang kurang dapat kasih sayang macam tulah kot kan.. Dengki dan sakit hati tengok kebahagiaan orang lain.. Ada je cari kekurangan kat diri dan cara layanan suami aku tu pastu dijadikan topik.. Pada hal dia dgn laki dia pun macamla pasangan sempurna sangaattttt sampai nak jaga rumahtangga orang lain..

ALAHAIIIII...

Aku memang susah lah nak berpura2 baik depan pepuan tu lagi. MENYAMPAH DAN MELUAT tengok muka dia. Cakap tak serupa bikin.. Dahlah mengutuk laki aku pastu susah cari laki aku gak.. Apa jenis pepuan ntah.. 

Friday, 30 November 2012

AKU HAPPY TANPA SI "PHD'...



Sekarang aku happy dengan kehidupan aku tanpa gangguan dari orang2 yang jenis PHD kuat ni. Aku lebih suka buat hal aku sendiri. Perkara lain semuanya sudah ku tolak ke tepi.. Malas nak layan orang2 yg ade penyakit PHD dah. Aku seronok dengan kehidupan aku sekarang. Aku bahagia dengan kehidupan yang aku jalani sekarang ni.
MAlas layan bukan bermakna aku dah melupakan apa yg dah dia orang mengata aku.. Akan aku ingat sampai bila-bila.. "JANGAN SAMPAI DAH LUDAH JILAT BALIK"... peringatan untuk semua.. tak baik kita buruk2kan orang lain sebab diri kita ni bukannya sempurna sangat pun. 1 jari tuding pada orang 4 jari pada diri sendiri.


Matlamat hidup aku sekarang hanya untuk keluarga tercinta aku ni dan juga nak tumpukan sepenuh pada perniagaan yang aku ceburi. Seronok berniaga ni... Cabaran berniaga tu adatlahkan. Aku jadikan semua ni sebagai 1 semangat untuk aku lebih berjaya. Memang nak ikutkan aku tak berniaga suami boleh tampung kehidupan aku dan anak.. Tapi minat berniaga yg ada dalam diri ni yg buat aku NAK juga berniaga. Aku suka cabaran dalam berniaga ni. Tak cuba tak tau keupayaan dirikan.

Sekarang pun kedai aku dah ramai pengunjung yang datang. Mudah-mudahan pintu rezeki ku akan terbentang luas.. Oklah dah malam. Mata dah ngantuk esok nak buka kedai.. Stok barang kedai pun baru sampai.. peningggg nak susun barang .. hahahhaha

Sunday, 25 November 2012

syahmi naqib penghibur hati...






Tak terkata indahnya bila lahirnya SYAHMI NAQIB ke dunia ni.. Berubah segala rutin harian.. Berubah segala sikap... Bertambah rezeki dengan kelahirannya. Setiap anak tu ada rezekinyakan.. alhamdulillah.

Bila ada baby ni. Apa nak buat semuanya untuk dia. Baby ni pula anak manja ayahnya. Satu-satunya zuriat kami suami isteri. Tumpah segala kasih sayang hanya untuk sekecik ni. Penantian selama 3 tahun sungguh berbaloi.. Terlalu indah untuk diperkatakan.

Penantian selama 3 tahun tanpa zuriat menduga setiap
kesabaran.. menduga ketahanan mental...menduga perhubungan...
Segalanya dapat diharungi dengan perasaan redha.
Syukur selama 3 tahun dalam penantian suami sentiasa ada. Tiada mendesak..
Berusaha..berdoa..dan bertawakallah pada-NYA..

Dikaulah permata hati kami sayang...
Semoga menjadi anak yang soleh...beriman..mendengar kata , terang hati...menjadi anak yang sihat
DAN
SEGALA YANG TERBAIK UNTUK MASA DEPANMU SAYANG...



PERNIAGAAN SUMBER PENDAPATAN...


perniagaan sunnah nabi & perniagaan juga dituntut dalam islam 


  • Berniaga itu adalah Fardhu Kifayah
  • Berniaga itu adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi
  • Setiap perkara berniaga wajib berlandaskan dan rujuk dengan hukum syarak.
  • Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan.
  • Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
  • Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
  • Rasulullah s.a.w berniaga dan sebelum usia baginda mencecah 25 tahun baginda telah pun bergelar jutawan.

RAMBANG MATA DENGAN JUALAN GUDANG...

Semalam lepas je ambik barang untuk stok kedai singgahla
JUALAN GUDANG PACKSON!!!

Biasalah perempuan lah katakan. soping adalah teman setia untuk golongan perempuan ni. hahahha...
 Rambang mata sungguh tengok baju baby murah2.. murah dan cantik lak tu. Ada sesetengah tu harga dia memang sama walau xde jualan gudang macam ni.. Memang ada yang sama tapi kene pandai carilah. Dapatla aku beli banyak gilerrrr...

Nilah hasil dari soping menyoping aku ni. Baju baby dapat 10 helai... baju aku dapat 6 helai... baju en suami dapat 2 helai... seluar aku 2 helai.. dengan last sekali belli dapur karennnn.. kehkehkehke.. 





Friday, 16 November 2012

Tak paham betullah!!!! GGgggrrrrrrr

Tak paham betulla aku dengan perangai manusia yang aku tengok sekeliling kita ni.. Entah ke mana perasaan syukur dengan apa yg di terima. Plak tu jenis yang tak boleh di tegur dan ingat diri sendiri tu cukup baik dan ssentiasa betul.. Iskhhh , Bebulu betul aku tengok orang macam tu.
Bila tengok kesenangan dan kegembiraan orang lain pun tak senang duduk org tu. Macam cacing kepanasan. Mulalah sessi kutuk mengutuk berlaku di belakang tuan badan atau sessi kutuk di dalam hati.. hehehhe.. ( macam tu pun boleh ke). Tak boleh blah aku dengan orang yg macam tu
 ORANG YANG BUSUK HATI DAN IRI HATI PADA APA YANG DIMILIKI OLEH ORANG LAIN
.Jelessss ler tu..
Aku rasa orang yang selalu sakit hati dengan apa yang ada kat orang lain ni memang ada penyakit mental. Orang yang x reti bersyukur dengan apa yang dimiliki.. Kalau orang tu RETI BERSYUKUR  takkan ada perasaan JAHAT tu. Kalau bebetul nak maju ok majukanlah diri dengan cara yang baik tak perlu kondem orang lain. tak perlu cari salah orang lain dan tak perlu kata tak serupa bikin...
Susah nak tegur orang yang perasaan BAGUS ni. 
huh!!!!

Tuesday, 2 October 2012

D MAWAR COTTAGE ENTERPRISE

Dah lama tak berblog... dah bersawang dah blog ni rupanya.. hehheh.. Kesibukkan melanda tu yang x dapat nak berblog..

Ni baru dapat nak menulis dalam ni sebab kedai dah buka.. Kurang sikit busynya.. Kalau tak sibuk betul sebab nak jadikan impian tu 1 kenyataan.. Busy dengan nak uruskan stok2 barang,nak kemas kedai,nak cat kedai dan susun stok..


kedai idaman ku kini menjadi kenyataan...

Aku buat kedai ala english. Besar gak modal untuk buat semua ni walau kedai aku tak lah besar mana pun.. Tapi berbaloi jugakan sebab pulangan dia alhamdulillah.. Apa2 pun terima kasih banyak2 buat BANKER TERBESAR aku iaitu EN SUAMI tersayang.. hehehhe.. tanpa sokongan dari dia xpat aku nak buka kedai idaman aku ni.. Dah lama aku nak buka kedai macam ni tp laki aku kata start dari awal dulu.. Itu yg aku start berniaga kat kolam pancing dulu.. macam2 aku berniaga dari 1 ke satu jenis.. dari keik modal sampai kE modal agak tinggi. Bila en suami tgk aku dah pandai berniaga ( ambik masa 2 tahunnn ni nak lulus.. heheh) barulah en suami bg aku BUKA KEDAI  yg sekarang ni.

Memang bestlah dapat apa yg kita impikan ni.. syukurrr sangat. ALHAMDULILLAH.

BIAR APA ORG NAK KATA YG PENTING AKU BHGIA HIDUP DENGAN EN SUAMI DAN ANAK TERSAYANG NI.


Sunday, 22 July 2012

ramadan vs syahmi naqib

Semalam ramadan kedua kami sekeluarga menjalani ibadah puasa ni.. Alhmdulilah dapat jalani dengan penuh kenikmatan. 

Untuk pertama kalinya aku dapat merasa soping baju raya untuk anak aku.. Seronok sampai aku nak beli langsir pun lupa.. hahahahha.. Semalam hari ahad suami aku bawa lah pi jusco cari baju raya anak dia.. Rambang mata betul aku dibuatnya nak cari baju raya untuk anak aku ni.. 

Apa yang aku cari akhirnya aku jumpa kat jusco. BAJU MELAYU untuk buah hati aku.. heheheh... Baby baru 3 bulan time raya nanti tp aku lak yg excited benar nak di pkai baju melayu. Mesti comel anak ummi nikan. Puas juga aku belek-belek baju raya anak aku akhirnya dapat selai baju melayu dan 4 helai baju t-shirt raya. Raya sakan anak ummi ni. 



En suami tugas dia jaga baby sebab dia yg nak jaga. Dari kuar kete sampai balik en suami yang beria-ia nak pegang anak dia. Aku syok ler dpt soping dengan tenang. TQ en suami ku sayang.

Balik dari soping terus gi bazaar ramadan. Tempat paling aku suke pergi setiap kali puasa tiba.. En suami aku memang tiap2 tahun suka bawa aku gi bazaar cuma kali ni berbeza sikit sebab pergi dengan baby sekali. Orang tak yah cakaplah memang ramai yg datang nak beli makanan. Nasib baik Syahmi sepanjang cari makanan kat bazaar baby tak nangis. Dia syok ayah dia pegang dialah tu.. Pas beli macam2 juadah berbuka kita orang pun balik.  




Friday, 6 July 2012

1 hari sebelum Akikah - 7 julai

8 julai 2012 : AKIKAH BUAT SYAHMI NAQIB
Tarikh ni mertua yang bagi.. nak ikutkan nak buat time umur dia genap 2 bulan 14 julai 2012 tapi dah nenek dia nak sangat buat 8 julai aku turukan je.. :) Alhamdulilla kedatangan permata hati aku ni mak mertua aku dah lembut dah hatinya..
Syukur alhamdulillah.

Kira 100% kenduri ni mertua aku yang handle sepenuhnya. Aku nak beli barang pun dia kata tak payah.. Dari beli barang hingga persiapan Syahmi Naqib ni mertua aku yang uruskan segalanya. Aku bebetul goyang kaki la kiranya ni.. hahahaha.. Bukan aku tak nak buat tapi mertua yg suh duduk dendiam nak buat camne.

 Ni baru buat kenduri kecik tp macam rasa nak buat kenduri kawen lak pada hal baru buat kenduri akikah ni. Hehehe..Macam ni lah perasaan bila nak buat kenduri untuk anak tersayang.Dah besar dah anak ummi sorang ni. 

 syahmi naqib : 1 bulan 23 hari

Perasaan jadi ummi ni memang seronok sangat. Walau tak cukup tido,makan tak menentu,nak uruskan diri kene curik2 masa ( baby kecik kerap bangun)... tp semua ni macam tak rasa apa2 pun sebab perasaan gembira layan baby mngatasi segalanya. 

Bila Syahmi dah nak dekat 2 bulan ni apa yang aku perhatikan Syahmi semakin banyak bangun.. Sebelum ni dia tido jer.. Bangun nak minum pastu tido lagi sekarang ni tido kejab je dah celik semula. Sekarang pun dah start pandai nak tido meragam dulu.. heheheh.. Nak tido je mulalah gatal 1 muka , nak nangis lah... payah betul nak tido sekrang ni. Dah besar dah pandai anak ummi sekarang ye.






Sunday, 1 July 2012

kerabu suhun dan sotong

baru ambik resepi ni kat internet.. xde gambar lagi sebab belum cuba buat.. bila dah buat akan di upload gambarnyer ye.. ni memang kesukaan aku ni.Aku memang suke sangat dengan kerabu suhun ni...

Kerabu Sotong dan Suhun
Bahan
  • 500 gm sotong sederhana besar
  • 50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
  • 3 s/b jus limau nipis
  • 1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
  • 1 s/k gula
  • garam [jika perlu]
  • 2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
  • kite tambah mangga dan carrot cikit
Bahan Tumbuk
  • 3 tangkai cili api
  • 3 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang timun [kecil]
  • 3 tangkai cili merah
  1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
  2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
  3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
  4. Rasakan masam dan masinnya.
  5. Hidangkan.

Tuesday, 26 June 2012

ohh suami kuuu....

Memula ada anak aku ni kekok sikit. nak sendawakan baby pun xreti.. Ni yang untung nye nikah dengan duda yang dah ada anak.. hehehehe... Nasib baik en suami aku ada.. Malam2 bila lepas nyusu suami aku yang tukang sendawakn baby... Masa dalam pantang klu baby nangis belah malamnye en suami aku tolong pujuk sekali. Tak adalah aku stress sangat2 time berpantang tu sebab adanya suami aku turut membantu. 


en suami bangun memalam tolong sendawakan baby...

Macam anak aku ni setiap 2 jam sekali akan bangun nak nyusu.. siang malam.. disebabkan baby aku ni nyusu badan jadinye senang sikit en suami aku x yah bangun pagi buatkan susu.. eheheh..aku pun xadalah nak kejutkan dia sbb apa jelah suami aku boleh buat klu bangun pun.. xkan nak bagi baby susu badan dia lak.. hahahaha..
 Aku terharu bila aku dah jaga siang malam.. tanpa disuruh en suami aku dalam kul 5 pagi akan bangun gntikan aku. Dia yang akan jaga baby sampaila kul 8 pagi.. 

Seronok ada anak nikan. Perasaan menjadi ibu ni berbeza sangat. Alhamdulillah aku bersyukur dapat suami yang sentiasa bersama aku dan memahami aku. Seronok bila aku tengok suami aku gembira dengan kehadiran cahayamata aku ni. Penantian yang berbaloi...

BABY NI SUKA BILA AYAHNYA DODOIKAN MACAM NI..




tido dah baby bila ayahnye peluk... 


~~~TERIMA KASIH BANYAK2 EN SUAMI SEBAB SENTIASA ADA UNTUK KELUARGA NI. ~~

E-COLI DAN BABY..... :(

Tersentuh hati aku sebagai seorang ibu hari ni... Bila buka2 je FB ada seorang sahabat aku anak dia lebih kurang umur anak aku di beritahu berkemungkinan kene E- COLI ( sebutan dia E-KOLAI).   Aku pun turut rasa macam mana dia orang sedih sebab aku pun seorang ibu gak. Anak aku tu hari kene tahan wad 3 hari 2 mlm sebab kuning hati aku dah sedih dan risau sangat. 

Semoga sahabat aku tu tabah menempuh ujian dari-NYA. 

Dari pembacan aku.. E-COLI ni bukan semuanya bakteris jahat.. sebab bakteria ni gak hasilkan antibodi tuk lawan penyakit... Semoga penyakit anak sahabat aku tu dapat dipulihkan seperti sediakala.. Doakan yang terbaik untuk sahabat aku Mohd Noramin semoga anak dia umar khalish sihat seperti sedia kala..

  
APA ITU E-COLI... JOM BERKENALAN.


Bakteria Escherichia coli atau singkatannya E. coli, juga di sebut
sebagai E.kolai adalah sejenis basilus gram-negatif. Ia merupakan
sebahagian flora normal usus pada haiwan dan manusia. Sebagai flora
normal, E. coli membantu menghalang penempatan organisme patogen yang
menyebabkan penyakit.

Selain itu, E. coli juga menghasilkan vitamin K dan B kompleks yang diperlukan tubuh.
``Bagaimanapun, sekiranya E. coli beralih daripada ekosistem
asalnya, bakteria ini menjadi berbahaya. Ia dilaporkan, antara agen
penyebab jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah
atau septisemia, radang selaput otak pada bayi (neonatal meningitis),
cirit-birit dan jangkitan luka selepas pembedahan terutama yang
melibatkan pembedahan usus,'' kata Pakar Perunding Mikrobiologi dan
Kawalan Infeksi, Jabatan Mikrobiologi, Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM), Profesor Madya Dr. Nordiah Awang Jalil.

Bakteria E. coli julung kalinya ditemui dalam usus manusia oleh seorang pakar bakteria Jerman, Theodor Escherich pada 1885.

Beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat beberapa jenis bakteria
yang bertanggungjawab menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak.
Bakteria ini juga dipercayai menyebabkan radang pada perut dan usus
atau juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Ia merupakan kejayaan terbesar dalam kesihatan orang awam. Peringkat awal, bakteria ini lebih dikenali sebagai Bacterium coli.

Bagaimanapun, namanya diubah kepada Escherichia coli sebagai satu penghormatan kepada individu pertama yang menemuinya.

Menurut Nordiah, E. coli dibahagikan kepada pelbagai jenis atau
serogroup berdasarkan antigen O, H dan K. Antara faktor yang
menyebabkan bakteria E. coli ini menjadi ganas dan punca penyakit ialah
kehadiran adhesin iaitu rerambut halus yang melekat pada mukosa. ``Pada
masa yang sama, penghasilan toksin iaitu sejenis racun daripada
bakteria ini boleh merosakkan tubuh,'' katanya.

Lebih 80 peratus agen penyebab UTI adalah E. coli. UTI lebih ketara
di kalangan wanita kerana beberapa faktor seperti uretra wanita yang
lebih pendek berbanding lelaki. Pada masa yang sama, kedudukan faraj
dan dubur yang berhampiran.

Pesakit yang mengalami UTI kata Nordiah, biasanya mengeluh rasa
pedih semasa membuang air kecil, kerap membuang air kecil atau tidak
dapat menahan untuk membuang air kecil.


Bagaimana E. coli dikenal pasti?

E. coli boleh dibiakkan di dalam makmal pada piring agar-agar
daripada spesimen klinikal seperti najis, air kencing, darah dan cecair
serebrospina pesakit. Ia kemudian diproses dan dikultur.

Selepas satu atau dua hari koloni E. coli yang tumbuh pada piring akan dikenal pasti menggunakan ujian biokimia.

Biasanya proses ini mengambil masa dua hingga tiga hari. Jika E.
coli ditemui dalam air, ini boleh menjadi petanda bahawa air itu
tercemar dengan najis haiwan atau manusia. Ia boleh terjadi sama ada
melalui kumbahan sisa najis, yang boleh mengakibatkan penyakit tularan
najis ke mulut seperti Salmonelosis dan kolera.


E. coli penyebab gastroenteritis dan cirit-birit terdiri daripada beberapa jenis:

* Enterotoksigenik E. coli (ETEC)
Biasanya cirit-birit ini dialami pengembara dan bayi di
negara-negara kurang membangun. Ia berpunca daripada makanan atau
minuman yang tercemar dengan najis.
Antara gejala yang dialami ialah kekejangan perut, muntah dan cirit-birit.


* Enteropatogenik E. coli (EPEC)
Ia menyebabkan cirit-birit pada bayi. Antara gejala yang dialami ialah demam, mual dan muntah-muntah.

* Enteroinvasif E. coli (EIEC)
Jangkitan daripada makanan. Pesakit biasanya mengalami demam, kekejangan perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah.

* Enteroagregatif E. coli (EAEC)
Ia mengakibatkan cirit-birit berair pada bayi yang berlanjutan sehingga pesakit mengalami dehidrasi.

* Enterohemoragik E. coli (EHEC)
Jenis ini berpunca daripada bakteria E. coli 0157:H7 yang
mengakibatkan penyakit yang serius kepada manusia. Pesakit yang
mengalami cirit-birit ini melarat hingga menyebabkan pendarahan usus.

Bakteria ini akan masuk ke dalam perut dan usus kecil. Ia
kemudiannya melekat pada permukaan usus besar dan mengakibatkan radang
pada dinding usus. Tindak balas ini disebabkan toksin yang dihasilkan
oleh bakteria terbabit.

Ia berpunca daripada pengambilan produk tenusu seperti susu atau jus
buah yang tidak dipastur, sayur-sayuran yang tidak dimasak seperti
salad dan produk daging separuh masak.

Antara gejalanya 

ialah kekejangan perut dan cirit-birit berdarah.
Keadaan ini boleh berlanjutan hingga pesakit mengalami komplikasi
hemolytic uremic syndrome (HUS).

Ia menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang akut, sel
platelet menjadi rendah dan kekurangan sel darah merah. Kira-kira tiga
hingga lima peratus meninggal dunia akibat komplikasi ini.

E. coli O157:H7 buat pertama kalinya menyebabkan wabak penyakit
cirit-birit berdarah berlaku pada 1982. Wabak itu dipercayai berpunca
daripada burger yang tercemar. Selepas itu wabak E. coli O157:H7 juga
telah dilaporkan terjadi di Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom.


Rawatan

Rawatan untuk UTI, jangkitan kuman dalam darah atau septisemia,
radang selaput otak pada bayi dan jangkitan pada luka pembedahan,
pesakit perlu diberi ubat antibiotik tertentu.

Sebaliknya, pesakit yang mengalami cirit-birit perlu mendapat air
dan garam gantian secukupnya sama ada melalui minuman atau intravena.
Bagaimanapun, agen menghalang pergerakan usus seperti lomotil tidak
disyorkan kerana ia mengakibatkan cirit-birit yang dialami menjadi
semakin serius.


Pencegahan 

Sehingga kini, belum ada vaksin digunakan secara rutin untuk mencegah jangkitan E. coli.
Penggunaan antibiotik profilaksis juga tidak disyorkan kecuali
kepada individu yang berisiko tinggi menghidap cirit-birit akibat
mengembara.

Lebih penting amalan kebersihan diri dan menggunakan air
bersih dapat membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu:

* Mengelakkan daripada menggunakan kateter membuang air kecil
* Menyusu bayi dengan susu ibu
* Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya
* Minum susu yang dipasteur
* Kepada pengembara, pastikan mengamalkan makanan yang dimasak dan minum air yang dibotolkan atau dididihkan.



Saturday, 16 June 2012

yang pahit itu hanya sementara bila kita fikir positif...

Bila malam ni terkenang semuanya kembali..Sementara tengah jaga baby malam2 ni dengan keadaan sunyi. Satu persatu sega kenangan datang. Macam2 yang aku lalui untuk mempertahankan rumahtangga aku ni. Bila imbas kembali apa yang berlaku dulu aku tau semuanya pasti ada hikmah disebaliknya..


" Tiada manusia yang hidup di dunia ni tanpa di duga. Bila kita hidup berlandaskan perasaan negetif jadi segalanya akan jadi tak sempurna untuk hidup kita. Lapangkn dada dan hati berserah pada-NYA. Bila kita dah macam tu kita akan terima segala ujian dengan hati terbuka. " 


Selama 4 tahun tiada kehadiran zuriat memang menduga kesabaran dan ketahanan mental aku. Mulut - mulut orang sekeliling yang tak memahami. Tapi aku tak cepat melatah aku tau setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.Aku percaya pada-NYA. ALLAH SWT menduga setiap hambanya dengan dugaan yang boleh hambanya tanggung.Kesabaran dan keredhaan tu kunci pada segalanya.

Aku bernasib baik walau aku time tu belum di kurniakan cahayamta, suami aku amat memahami. Tak pernah sesekali dia push aku untuk lahirkan zuriat dia atau menyalahkan aku sebab aku lambat beri zuriat padanya. Itu yang aku amat berterima kasih pada suami aku sebab memahami. Aku langsung tak tertekan sebab adanya dia. Aku boleh bertahan dengan mulut-mulut orang sekeliling kerana adanya suamiku. Selalu aku katakan pada diri aku. Allah swt tu tau apa yang terbaik untuk kita. 

LUV YOU SO MUCH SAYANG

Walau suamiku tak sehensem brad pit. heheh... tapi aku amat menyayanginya. Dalam ketegasan suami aku ada kelembutan dalam hatinya. Untuk menilai suami ku  bukan dari luaran. Kalau tengok dari luar memang agak kasar orangnya tapi hatinya cukup baik dengan aku. 

Suami aku ni banyak menceriakan hidup aku selama perkahwinan kami ni. Kalau ada gaduh tu normallah alam perkahwinan tapi pada aku itula yang mengeratkan lagi hubungan kami sebab dari situ kita tau apa kesalahan diri masing2 dan perubahan tu perlu untuk baiki segala kelemahan.


Tanggal 14 may 2012 
Lahirlah cahayamata aku yang tercinta setelah 4 tahun aku mendirikan rumahtangga .Penantian yang berbaloi untuk aku tunggu. Dia yang kuberikan nama SYAHMI NAQIB yang bermaksud seorang yang mulia,bijak berani dan seorang penjamin/ketua... mudah-mudahan anak ummi menjdi seorang yang bijak dalam mengatur kehidupan dan menjadi anak yang soleh.

ummi sayang anak ummi ni.. 
semoga syahmi naqib menjadi anak yang baik ye sayang. 

Bila kita dah lalui macam mana perasaan lambat dikurniakan zuriat.. Kita akan tau perasaan orang lain. Orang yang tak pernah lalui takkan faham perasaan orang yg lambat dikurniakan zuriat. Jadi pada yang cepat lekat jangan terlalu membangga diri ketika bercakap. Tak ada 1 manusia yang dah bernikah x nak anak. Oleh itu jagalah percakapan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. macam tu juga jaga percakapan pada isu2 yang sensitif seperti perkahwinan,anak,rumahtangga dan lain2 tu PIKIRLAH SENDIRI!!! heheheh

Pada yang belum lagi dikurniakan cahayamata.. jangan mudah putus asa dan percayalah setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Mungkin rezeki anak kita lambat tp ALLAH swt permudahkan rezeki kita di tempat lain dulukan.. 

~~~2 INSAN NILAH PENYERI HIDUP AKU. SEGALANYA AKU LAKUKAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERCINTA NI.~~~


Friday, 15 June 2012

HIDUP KENE TERUSKAN...

Hari tak akatn sentiasa panas ada masanya akan datang hujan dan ribut.. Selepas datangnya hujan akan kluarnya pelangi yang sungguh cantik. Maca tu juga dengan kehidupan aku.. Tak ada 1 manusia pun akan hidup sentiasa gembirakan.. Kita akan lalui smuanya tu. Senang dan susah akan silih berganti. Itulah dinamakan KEHIDUPAN..

Bila KESUSAHAN datang pada kita KESABARAN perlu ada dalam diri. Bila KESENANGAN dtg pada kita BERSYUKURLAH dengan apa yang kita nikmati tu.

Macam kehidupan yang aku sedang lalui sekarang ni. Senang pada mata kasar orang yang melihat. Memang aku tak nafikan aku punya suami yg penyayang dan kehidupan yg agak selesa. Keperluan aku lebih dari cukup..ALHAMDULILLAH dengan apa yg DIA beri ni tapi biasalahkan ALLAH swt beri kesenangan kita tang ni tapi di duga kita dengan bahagian yang lain.Sekurangnya setiap dugaan tu akan buat kita ingat pada-NYA.  Bila ada perkara yg menyedihkan berlaku aku anggap ni semua hanya sementara.

 Moga2 pintu hati orang yg sentiasa cari salah aku dan pintu hati orang yang dah fikir aku macam2 akan terbuka suatu hari nanti. Aku percaya sekiranya kita bukan seperti yang dikatakan oleh orang lain x perlulah kita takut. Lebih baik kita berdiam diri dari berkata takut kata2 kita akan mengeruhkan lagi keadaan. 







Wednesday, 13 June 2012

SYAHMI NAQIB DAH SEBULAN...

Hari ni 14 Jun 2012 genapl aanak ummi sebulan.. Syahmi ni nak masuk sebulan semakin bijak yer.... Nak tido dah pandai meragam.. hehehehe.. 

Ala ksiannye anak ummi ni.. Lapar ye sayang...

Seronok  sangat bila dah bergelar ibu ni.. Dalam seronok2 tu bil anak meragam sebab tak sihat.. Adui ai hai ni risau sangat. Nangis tak renti2... Time tu kesabaranlah dan kekuatan mental menjadi peneman. Nak marah2 pun baby tu man la tau.. yang dia tau hanya nangis je. Kalau kite yang naik angin maknanya kitelah yg tak normal sbb nak marah pada baby yg x tau apa2.. hehehe... Risau bila baby nangis je tau.. Itula, dalam seronok menjadi ibu ni adakalanya serba tak kena menyerang kita... :p Tak senang duduk bila anak kite meragam je tau...
 Barulah aku rasa macam mana mak dulu jaga aku time kecik. Sebab tu bila baby Syahmi Naqib ni 1 jam sekali nk nyusu x kira siang atau malam.. aku buat dengan hati yang gembira. Kalau pikir ngantuk dan penat semuanya orang akan rasa macam tukan... Time kita dalam pantang nilah sokongan moral dari suami amat diperlukan sebab kite dalam pantang ni badan masih letih lagi.. terima kasih untuk suamiku yang jaga baby dan x melenting bila aku suh jaga jab baby.. hehehe

Anak ummi sayang...

Bila dapat tengok baby senyum... Syok sangat rasanya. Ni baru umur sebulan yang x reti di agah lagi... dpt tgk dia senyum sendiri pun dah syokkan... x sabar nak tunggu baby besarlah... 



Wednesday, 30 May 2012

37minggu dah kuar dah baby umi... pengalaman bersalin...



Awalnya aku gi cek spital kerjaan sebab nk tanya knp baby gerak x macam biasa.. Selalu kul 4pm dah cukup 10 kiraan.. dah 3 hari kul 8mlm baru cukup 10 gerakkan walau waktu limit klinik bg jam 9mlm..klu lebih kul 9 mlm kurang gerak terus pi spital tapi disebabkan ini adalah pengalaman menjadi umi yang pertama.. Bila aku rasa lain macam je aku terus rujuk spital.. Sekali tu bila dah rujuk spital macam2 dia cek.. dukla lam wad tu dalam 2 hari... Nak ikutkan kurang gerak tu biasa je sbb ruang dalam perut kan dh sempit.. 

 Cek punye cek doktor kata ni dah boleh bersalin ni sebab dah 37minggu..doktor kata waktu yg selamt tuk bersalin walau ikutkan due dia lagi 3 minggu..  Walau aku xde tanda2 nak bersalin tp pihak spital kata aku dah boleeh bersalin.. jadinya aku kenelah bersalin " secara paksa ".. 

CARA P1 : INDUCE 
1st tu dia masukkan ubat (PROSTIN ) melalui bawah kita tu tp x jalan... hahahaha.. xde bukaan langsung... biasalah bukan masa nk kuar lagi jadi x nak buka jalan lak.. org lain yg buat sama masukkan ubat tu mlm tu dah bersalin dah tp aku leh gelak2.. leh mkn dengan banyak lagi sbb xde sakit.. 


CARA KE-2 : MASUKKAN TIUB GETAH 
cara per1 x jalan esoknya aku gunakan kaedah ke-2 nilak... ni lah cara ke dua nk bagi bukaan secara paksa.. klu masuk alat ni dia akan terus buka 4cm secara perlahan2... yg ni xdpt nk jelaskan lebih lanjutla sebab xde gambar yg nak ditunjukkan... huhuhuhu.. cari kat google pun x jumpa sbb xtau nama saintifik dia.. hahahah.. tiub getah ni akan dimasukkan ke dlam rahim kita melalui faraj... 

Nak ikutkan klu masukkan tiub getah tu.. bila dah ada bukaan 4cm alat tu akan jatuh sendiri tapi kes aku ni lak.. alat tu x jatuh2 pun..aku punyala banyak gerak nk cepat buka.. mkn tetap mkn.. akak aku bawa mknan aku makan.. mknan spital datang aku makan.. en suami bawakan makanan pun aku melantak gak... hahahah.. 
 Aku punyela tunggu bila lah nk jatuh tiub tu..klu jatuh taulah dah boleh bersalin.. tau2 dah nk buka 4cm tu pun bila rasa mcm nak buang air besar.... pergilah ke tandas tp nurse tahan.. dia cakap jangan pergi dulu nak cek bukaan.. rupa2nya dah buka 4cm... hahahahhah.. apa la alat ni x jatuh lak dia.. pastu terus masuk labour room. 

Dalam labour room aku baringla pastu air ketuban aku dipecahkan..sementara nak menunggu bukaan ke 10cm aku baring dalam labour room tu... biasala klu anak pertama 1 bukaan akan ambik masa 1 jam..Pastu doc akan bg ubat bius untuk tahan sakit kot.. untuk percepatkan lagi bukaan sbb air ketuban dah dipechkan doc masukkan  DRIP HORMON..

Kat sini lah org selalu bercerita klu secara paksa ni sakit dia berkali gnda dari sakit yg normal tu tapi bagi pengalaman aku lak.. Tak adalah sakit sangat.. Sakit bersalin macam orng lain gak.. Aku masih boleh tahan dan masih boleh kuat makan.. hahahaha.... Itu yg dikatakan lalui sendiri untuk ada pengalaman tu jangan dengar cerita dari orang lain.. 

Sakit bersalin yang BOLEH TAHAN SAKITNYA tu pada aku bila dari 6cm nak tunggu 10cm.. sakitnya akan datang 5min 2 kali.. yang itu rasa macam sakit perut sengugut yg teramat sakit sampai berpeluh2 lah badan..pastu nanti sakit tu reda 2,3 min pastu datang lagi sakit tu.... tp x adalah sakit giler2 pun. Sakit tu masih kita semua boleh tahan.Pada aku lahirkan anak aku ni agak mudah juga... x sakit sangat dan senang kluar... berkat doa dari keluarga dan kawan2 gak.. terima kasih yer semua..
. Alhamdulillah!!

Bila dah cukup bukaan barulah boleh teran.. teran ni memang kene banyak tenaga... push kene panjang dan kuat!!! 15min jugalah aku nk kuarkan anak aku ni..Mau tak 15min.. aku jenis tak pandai teran. Doktor punyelah cakap. Teran kat bawah ye bukan teran kat muke. Sampai doktor cakap " kan dah merah cam epal muke tu.. teran macam nk berak dik".. aku pun cakaplah. "saya cuba ye doktor".. doktor baalas balik sambil gelak " kat sini tak ada cuba2.. teran bawah"... hahaha.. doktor cakap nafas teran aku panjang. ( apa tak pnjang melantak x renti sampai nak masuk labour room tau)..

.Maka lahirlah SYAHMI NAQIB ke dunia ini.. smoga menjadi anak yang taat,menengar kata,sihat tubuh badan dan semoga anak umi ni akan menjadi menyejuk hati hati umi,ayah dan semua orang ye sayang. 


bersambungggggg.......


Wednesday, 9 May 2012

CicAK YanG PeLIk Kat UMaH AkU!!!

bawah ni adalah gambar 2 cicak yang dapat aku ambik gambarnye.....untuk aku pelikla sebab aku pertama kali nampak cicak grupe gini.. hehehe...
 Gambar sahajan tau cicaknye tak ade aku tangkap derrrrr... Goli den nak nangkap cicak tu... hahahaha.. 

yang bawah ni ekor dia bukan main panjangkan.. heran aku tengok sebab nilah pertama kali aku tgk cicak ekor panjang gaye gini.. 



Yang bawah ni plak ekor dia ade 2...