Bila malam ni terkenang semuanya kembali..Sementara tengah jaga baby malam2 ni dengan keadaan sunyi. Satu persatu sega kenangan datang. Macam2 yang aku lalui untuk mempertahankan rumahtangga aku ni. Bila imbas kembali apa yang berlaku dulu aku tau semuanya pasti ada hikmah disebaliknya..
" Tiada manusia yang hidup di dunia ni tanpa di duga. Bila kita hidup berlandaskan perasaan negetif jadi segalanya akan jadi tak sempurna untuk hidup kita. Lapangkn dada dan hati berserah pada-NYA. Bila kita dah macam tu kita akan terima segala ujian dengan hati terbuka. "
Selama 4 tahun tiada kehadiran zuriat memang menduga kesabaran dan ketahanan mental aku. Mulut - mulut orang sekeliling yang tak memahami. Tapi aku tak cepat melatah aku tau setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.Aku percaya pada-NYA. ALLAH SWT menduga setiap hambanya dengan dugaan yang boleh hambanya tanggung.Kesabaran dan keredhaan tu kunci pada segalanya.
Aku bernasib baik walau aku time tu belum di kurniakan cahayamta, suami aku amat memahami. Tak pernah sesekali dia push aku untuk lahirkan zuriat dia atau menyalahkan aku sebab aku lambat beri zuriat padanya. Itu yang aku amat berterima kasih pada suami aku sebab memahami. Aku langsung tak tertekan sebab adanya dia. Aku boleh bertahan dengan mulut-mulut orang sekeliling kerana adanya suamiku. Selalu aku katakan pada diri aku. Allah swt tu tau apa yang terbaik untuk kita.
LUV YOU SO MUCH SAYANG
Walau suamiku tak sehensem brad pit. heheh... tapi aku amat menyayanginya. Dalam ketegasan suami aku ada kelembutan dalam hatinya. Untuk menilai suami ku bukan dari luaran. Kalau tengok dari luar memang agak kasar orangnya tapi hatinya cukup baik dengan aku.
Walau suamiku tak sehensem brad pit. heheh... tapi aku amat menyayanginya. Dalam ketegasan suami aku ada kelembutan dalam hatinya. Untuk menilai suami ku bukan dari luaran. Kalau tengok dari luar memang agak kasar orangnya tapi hatinya cukup baik dengan aku.
Suami aku ni banyak menceriakan hidup aku selama perkahwinan kami ni. Kalau ada gaduh tu normallah alam perkahwinan tapi pada aku itula yang mengeratkan lagi hubungan kami sebab dari situ kita tau apa kesalahan diri masing2 dan perubahan tu perlu untuk baiki segala kelemahan.
Tanggal 14 may 2012
Lahirlah cahayamata aku yang tercinta setelah 4 tahun aku mendirikan rumahtangga .Penantian yang berbaloi untuk aku tunggu. Dia yang kuberikan nama SYAHMI NAQIB yang bermaksud seorang yang mulia,bijak berani dan seorang penjamin/ketua... mudah-mudahan anak ummi menjdi seorang yang bijak dalam mengatur kehidupan dan menjadi anak yang soleh.

ummi sayang anak ummi ni..
semoga syahmi naqib menjadi anak yang baik ye sayang.
Bila kita dah lalui macam mana perasaan lambat dikurniakan zuriat.. Kita akan tau perasaan orang lain. Orang yang tak pernah lalui takkan faham perasaan orang yg lambat dikurniakan zuriat. Jadi pada yang cepat lekat jangan terlalu membangga diri ketika bercakap. Tak ada 1 manusia yang dah bernikah x nak anak. Oleh itu jagalah percakapan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. macam tu juga jaga percakapan pada isu2 yang sensitif seperti perkahwinan,anak,rumahtangga dan lain2 tu PIKIRLAH SENDIRI!!! heheheh
Pada yang belum lagi dikurniakan cahayamata.. jangan mudah putus asa dan percayalah setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Mungkin rezeki anak kita lambat tp ALLAH swt permudahkan rezeki kita di tempat lain dulukan..
~~~2 INSAN NILAH PENYERI HIDUP AKU. SEGALANYA AKU LAKUKAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERCINTA NI.~~~

No comments:
Post a Comment