Hari tak akatn sentiasa panas ada masanya akan datang hujan dan ribut.. Selepas datangnya hujan akan kluarnya pelangi yang sungguh cantik. Maca tu juga dengan kehidupan aku.. Tak ada 1 manusia pun akan hidup sentiasa gembirakan.. Kita akan lalui smuanya tu. Senang dan susah akan silih berganti. Itulah dinamakan KEHIDUPAN..
Bila KESUSAHAN datang pada kita KESABARAN perlu ada dalam diri. Bila KESENANGAN dtg pada kita BERSYUKURLAH dengan apa yang kita nikmati tu.
Macam kehidupan yang aku sedang lalui sekarang ni. Senang pada mata kasar orang yang melihat. Memang aku tak nafikan aku punya suami yg penyayang dan kehidupan yg agak selesa. Keperluan aku lebih dari cukup..ALHAMDULILLAH dengan apa yg DIA beri ni tapi biasalahkan ALLAH swt beri kesenangan kita tang ni tapi di duga kita dengan bahagian yang lain.Sekurangnya setiap dugaan tu akan buat kita ingat pada-NYA. Bila ada perkara yg menyedihkan berlaku aku anggap ni semua hanya sementara.
Moga2 pintu hati orang yg sentiasa cari salah aku dan pintu hati orang yang dah fikir aku macam2 akan terbuka suatu hari nanti. Aku percaya sekiranya kita bukan seperti yang dikatakan oleh orang lain x perlulah kita takut. Lebih baik kita berdiam diri dari berkata takut kata2 kita akan mengeruhkan lagi keadaan.
No comments:
Post a Comment