Tuesday, 26 June 2012

ohh suami kuuu....

Memula ada anak aku ni kekok sikit. nak sendawakan baby pun xreti.. Ni yang untung nye nikah dengan duda yang dah ada anak.. hehehehe... Nasib baik en suami aku ada.. Malam2 bila lepas nyusu suami aku yang tukang sendawakn baby... Masa dalam pantang klu baby nangis belah malamnye en suami aku tolong pujuk sekali. Tak adalah aku stress sangat2 time berpantang tu sebab adanya suami aku turut membantu. 


en suami bangun memalam tolong sendawakan baby...

Macam anak aku ni setiap 2 jam sekali akan bangun nak nyusu.. siang malam.. disebabkan baby aku ni nyusu badan jadinye senang sikit en suami aku x yah bangun pagi buatkan susu.. eheheh..aku pun xadalah nak kejutkan dia sbb apa jelah suami aku boleh buat klu bangun pun.. xkan nak bagi baby susu badan dia lak.. hahahaha..
 Aku terharu bila aku dah jaga siang malam.. tanpa disuruh en suami aku dalam kul 5 pagi akan bangun gntikan aku. Dia yang akan jaga baby sampaila kul 8 pagi.. 

Seronok ada anak nikan. Perasaan menjadi ibu ni berbeza sangat. Alhamdulillah aku bersyukur dapat suami yang sentiasa bersama aku dan memahami aku. Seronok bila aku tengok suami aku gembira dengan kehadiran cahayamata aku ni. Penantian yang berbaloi...

BABY NI SUKA BILA AYAHNYA DODOIKAN MACAM NI..




tido dah baby bila ayahnye peluk... 


~~~TERIMA KASIH BANYAK2 EN SUAMI SEBAB SENTIASA ADA UNTUK KELUARGA NI. ~~

E-COLI DAN BABY..... :(

Tersentuh hati aku sebagai seorang ibu hari ni... Bila buka2 je FB ada seorang sahabat aku anak dia lebih kurang umur anak aku di beritahu berkemungkinan kene E- COLI ( sebutan dia E-KOLAI).   Aku pun turut rasa macam mana dia orang sedih sebab aku pun seorang ibu gak. Anak aku tu hari kene tahan wad 3 hari 2 mlm sebab kuning hati aku dah sedih dan risau sangat. 

Semoga sahabat aku tu tabah menempuh ujian dari-NYA. 

Dari pembacan aku.. E-COLI ni bukan semuanya bakteris jahat.. sebab bakteria ni gak hasilkan antibodi tuk lawan penyakit... Semoga penyakit anak sahabat aku tu dapat dipulihkan seperti sediakala.. Doakan yang terbaik untuk sahabat aku Mohd Noramin semoga anak dia umar khalish sihat seperti sedia kala..

  
APA ITU E-COLI... JOM BERKENALAN.


Bakteria Escherichia coli atau singkatannya E. coli, juga di sebut
sebagai E.kolai adalah sejenis basilus gram-negatif. Ia merupakan
sebahagian flora normal usus pada haiwan dan manusia. Sebagai flora
normal, E. coli membantu menghalang penempatan organisme patogen yang
menyebabkan penyakit.

Selain itu, E. coli juga menghasilkan vitamin K dan B kompleks yang diperlukan tubuh.
``Bagaimanapun, sekiranya E. coli beralih daripada ekosistem
asalnya, bakteria ini menjadi berbahaya. Ia dilaporkan, antara agen
penyebab jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah
atau septisemia, radang selaput otak pada bayi (neonatal meningitis),
cirit-birit dan jangkitan luka selepas pembedahan terutama yang
melibatkan pembedahan usus,'' kata Pakar Perunding Mikrobiologi dan
Kawalan Infeksi, Jabatan Mikrobiologi, Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM), Profesor Madya Dr. Nordiah Awang Jalil.

Bakteria E. coli julung kalinya ditemui dalam usus manusia oleh seorang pakar bakteria Jerman, Theodor Escherich pada 1885.

Beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat beberapa jenis bakteria
yang bertanggungjawab menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak.
Bakteria ini juga dipercayai menyebabkan radang pada perut dan usus
atau juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Ia merupakan kejayaan terbesar dalam kesihatan orang awam. Peringkat awal, bakteria ini lebih dikenali sebagai Bacterium coli.

Bagaimanapun, namanya diubah kepada Escherichia coli sebagai satu penghormatan kepada individu pertama yang menemuinya.

Menurut Nordiah, E. coli dibahagikan kepada pelbagai jenis atau
serogroup berdasarkan antigen O, H dan K. Antara faktor yang
menyebabkan bakteria E. coli ini menjadi ganas dan punca penyakit ialah
kehadiran adhesin iaitu rerambut halus yang melekat pada mukosa. ``Pada
masa yang sama, penghasilan toksin iaitu sejenis racun daripada
bakteria ini boleh merosakkan tubuh,'' katanya.

Lebih 80 peratus agen penyebab UTI adalah E. coli. UTI lebih ketara
di kalangan wanita kerana beberapa faktor seperti uretra wanita yang
lebih pendek berbanding lelaki. Pada masa yang sama, kedudukan faraj
dan dubur yang berhampiran.

Pesakit yang mengalami UTI kata Nordiah, biasanya mengeluh rasa
pedih semasa membuang air kecil, kerap membuang air kecil atau tidak
dapat menahan untuk membuang air kecil.


Bagaimana E. coli dikenal pasti?

E. coli boleh dibiakkan di dalam makmal pada piring agar-agar
daripada spesimen klinikal seperti najis, air kencing, darah dan cecair
serebrospina pesakit. Ia kemudian diproses dan dikultur.

Selepas satu atau dua hari koloni E. coli yang tumbuh pada piring akan dikenal pasti menggunakan ujian biokimia.

Biasanya proses ini mengambil masa dua hingga tiga hari. Jika E.
coli ditemui dalam air, ini boleh menjadi petanda bahawa air itu
tercemar dengan najis haiwan atau manusia. Ia boleh terjadi sama ada
melalui kumbahan sisa najis, yang boleh mengakibatkan penyakit tularan
najis ke mulut seperti Salmonelosis dan kolera.


E. coli penyebab gastroenteritis dan cirit-birit terdiri daripada beberapa jenis:

* Enterotoksigenik E. coli (ETEC)
Biasanya cirit-birit ini dialami pengembara dan bayi di
negara-negara kurang membangun. Ia berpunca daripada makanan atau
minuman yang tercemar dengan najis.
Antara gejala yang dialami ialah kekejangan perut, muntah dan cirit-birit.


* Enteropatogenik E. coli (EPEC)
Ia menyebabkan cirit-birit pada bayi. Antara gejala yang dialami ialah demam, mual dan muntah-muntah.

* Enteroinvasif E. coli (EIEC)
Jangkitan daripada makanan. Pesakit biasanya mengalami demam, kekejangan perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah.

* Enteroagregatif E. coli (EAEC)
Ia mengakibatkan cirit-birit berair pada bayi yang berlanjutan sehingga pesakit mengalami dehidrasi.

* Enterohemoragik E. coli (EHEC)
Jenis ini berpunca daripada bakteria E. coli 0157:H7 yang
mengakibatkan penyakit yang serius kepada manusia. Pesakit yang
mengalami cirit-birit ini melarat hingga menyebabkan pendarahan usus.

Bakteria ini akan masuk ke dalam perut dan usus kecil. Ia
kemudiannya melekat pada permukaan usus besar dan mengakibatkan radang
pada dinding usus. Tindak balas ini disebabkan toksin yang dihasilkan
oleh bakteria terbabit.

Ia berpunca daripada pengambilan produk tenusu seperti susu atau jus
buah yang tidak dipastur, sayur-sayuran yang tidak dimasak seperti
salad dan produk daging separuh masak.

Antara gejalanya 

ialah kekejangan perut dan cirit-birit berdarah.
Keadaan ini boleh berlanjutan hingga pesakit mengalami komplikasi
hemolytic uremic syndrome (HUS).

Ia menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang akut, sel
platelet menjadi rendah dan kekurangan sel darah merah. Kira-kira tiga
hingga lima peratus meninggal dunia akibat komplikasi ini.

E. coli O157:H7 buat pertama kalinya menyebabkan wabak penyakit
cirit-birit berdarah berlaku pada 1982. Wabak itu dipercayai berpunca
daripada burger yang tercemar. Selepas itu wabak E. coli O157:H7 juga
telah dilaporkan terjadi di Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom.


Rawatan

Rawatan untuk UTI, jangkitan kuman dalam darah atau septisemia,
radang selaput otak pada bayi dan jangkitan pada luka pembedahan,
pesakit perlu diberi ubat antibiotik tertentu.

Sebaliknya, pesakit yang mengalami cirit-birit perlu mendapat air
dan garam gantian secukupnya sama ada melalui minuman atau intravena.
Bagaimanapun, agen menghalang pergerakan usus seperti lomotil tidak
disyorkan kerana ia mengakibatkan cirit-birit yang dialami menjadi
semakin serius.


Pencegahan 

Sehingga kini, belum ada vaksin digunakan secara rutin untuk mencegah jangkitan E. coli.
Penggunaan antibiotik profilaksis juga tidak disyorkan kecuali
kepada individu yang berisiko tinggi menghidap cirit-birit akibat
mengembara.

Lebih penting amalan kebersihan diri dan menggunakan air
bersih dapat membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu:

* Mengelakkan daripada menggunakan kateter membuang air kecil
* Menyusu bayi dengan susu ibu
* Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya
* Minum susu yang dipasteur
* Kepada pengembara, pastikan mengamalkan makanan yang dimasak dan minum air yang dibotolkan atau dididihkan.



Saturday, 16 June 2012

yang pahit itu hanya sementara bila kita fikir positif...

Bila malam ni terkenang semuanya kembali..Sementara tengah jaga baby malam2 ni dengan keadaan sunyi. Satu persatu sega kenangan datang. Macam2 yang aku lalui untuk mempertahankan rumahtangga aku ni. Bila imbas kembali apa yang berlaku dulu aku tau semuanya pasti ada hikmah disebaliknya..


" Tiada manusia yang hidup di dunia ni tanpa di duga. Bila kita hidup berlandaskan perasaan negetif jadi segalanya akan jadi tak sempurna untuk hidup kita. Lapangkn dada dan hati berserah pada-NYA. Bila kita dah macam tu kita akan terima segala ujian dengan hati terbuka. " 


Selama 4 tahun tiada kehadiran zuriat memang menduga kesabaran dan ketahanan mental aku. Mulut - mulut orang sekeliling yang tak memahami. Tapi aku tak cepat melatah aku tau setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.Aku percaya pada-NYA. ALLAH SWT menduga setiap hambanya dengan dugaan yang boleh hambanya tanggung.Kesabaran dan keredhaan tu kunci pada segalanya.

Aku bernasib baik walau aku time tu belum di kurniakan cahayamta, suami aku amat memahami. Tak pernah sesekali dia push aku untuk lahirkan zuriat dia atau menyalahkan aku sebab aku lambat beri zuriat padanya. Itu yang aku amat berterima kasih pada suami aku sebab memahami. Aku langsung tak tertekan sebab adanya dia. Aku boleh bertahan dengan mulut-mulut orang sekeliling kerana adanya suamiku. Selalu aku katakan pada diri aku. Allah swt tu tau apa yang terbaik untuk kita. 

LUV YOU SO MUCH SAYANG

Walau suamiku tak sehensem brad pit. heheh... tapi aku amat menyayanginya. Dalam ketegasan suami aku ada kelembutan dalam hatinya. Untuk menilai suami ku  bukan dari luaran. Kalau tengok dari luar memang agak kasar orangnya tapi hatinya cukup baik dengan aku. 

Suami aku ni banyak menceriakan hidup aku selama perkahwinan kami ni. Kalau ada gaduh tu normallah alam perkahwinan tapi pada aku itula yang mengeratkan lagi hubungan kami sebab dari situ kita tau apa kesalahan diri masing2 dan perubahan tu perlu untuk baiki segala kelemahan.


Tanggal 14 may 2012 
Lahirlah cahayamata aku yang tercinta setelah 4 tahun aku mendirikan rumahtangga .Penantian yang berbaloi untuk aku tunggu. Dia yang kuberikan nama SYAHMI NAQIB yang bermaksud seorang yang mulia,bijak berani dan seorang penjamin/ketua... mudah-mudahan anak ummi menjdi seorang yang bijak dalam mengatur kehidupan dan menjadi anak yang soleh.

ummi sayang anak ummi ni.. 
semoga syahmi naqib menjadi anak yang baik ye sayang. 

Bila kita dah lalui macam mana perasaan lambat dikurniakan zuriat.. Kita akan tau perasaan orang lain. Orang yang tak pernah lalui takkan faham perasaan orang yg lambat dikurniakan zuriat. Jadi pada yang cepat lekat jangan terlalu membangga diri ketika bercakap. Tak ada 1 manusia yang dah bernikah x nak anak. Oleh itu jagalah percakapan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. macam tu juga jaga percakapan pada isu2 yang sensitif seperti perkahwinan,anak,rumahtangga dan lain2 tu PIKIRLAH SENDIRI!!! heheheh

Pada yang belum lagi dikurniakan cahayamata.. jangan mudah putus asa dan percayalah setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Mungkin rezeki anak kita lambat tp ALLAH swt permudahkan rezeki kita di tempat lain dulukan.. 

~~~2 INSAN NILAH PENYERI HIDUP AKU. SEGALANYA AKU LAKUKAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERCINTA NI.~~~


Friday, 15 June 2012

HIDUP KENE TERUSKAN...

Hari tak akatn sentiasa panas ada masanya akan datang hujan dan ribut.. Selepas datangnya hujan akan kluarnya pelangi yang sungguh cantik. Maca tu juga dengan kehidupan aku.. Tak ada 1 manusia pun akan hidup sentiasa gembirakan.. Kita akan lalui smuanya tu. Senang dan susah akan silih berganti. Itulah dinamakan KEHIDUPAN..

Bila KESUSAHAN datang pada kita KESABARAN perlu ada dalam diri. Bila KESENANGAN dtg pada kita BERSYUKURLAH dengan apa yang kita nikmati tu.

Macam kehidupan yang aku sedang lalui sekarang ni. Senang pada mata kasar orang yang melihat. Memang aku tak nafikan aku punya suami yg penyayang dan kehidupan yg agak selesa. Keperluan aku lebih dari cukup..ALHAMDULILLAH dengan apa yg DIA beri ni tapi biasalahkan ALLAH swt beri kesenangan kita tang ni tapi di duga kita dengan bahagian yang lain.Sekurangnya setiap dugaan tu akan buat kita ingat pada-NYA.  Bila ada perkara yg menyedihkan berlaku aku anggap ni semua hanya sementara.

 Moga2 pintu hati orang yg sentiasa cari salah aku dan pintu hati orang yang dah fikir aku macam2 akan terbuka suatu hari nanti. Aku percaya sekiranya kita bukan seperti yang dikatakan oleh orang lain x perlulah kita takut. Lebih baik kita berdiam diri dari berkata takut kata2 kita akan mengeruhkan lagi keadaan. 







Wednesday, 13 June 2012

SYAHMI NAQIB DAH SEBULAN...

Hari ni 14 Jun 2012 genapl aanak ummi sebulan.. Syahmi ni nak masuk sebulan semakin bijak yer.... Nak tido dah pandai meragam.. hehehehe.. 

Ala ksiannye anak ummi ni.. Lapar ye sayang...

Seronok  sangat bila dah bergelar ibu ni.. Dalam seronok2 tu bil anak meragam sebab tak sihat.. Adui ai hai ni risau sangat. Nangis tak renti2... Time tu kesabaranlah dan kekuatan mental menjadi peneman. Nak marah2 pun baby tu man la tau.. yang dia tau hanya nangis je. Kalau kite yang naik angin maknanya kitelah yg tak normal sbb nak marah pada baby yg x tau apa2.. hehehe... Risau bila baby nangis je tau.. Itula, dalam seronok menjadi ibu ni adakalanya serba tak kena menyerang kita... :p Tak senang duduk bila anak kite meragam je tau...
 Barulah aku rasa macam mana mak dulu jaga aku time kecik. Sebab tu bila baby Syahmi Naqib ni 1 jam sekali nk nyusu x kira siang atau malam.. aku buat dengan hati yang gembira. Kalau pikir ngantuk dan penat semuanya orang akan rasa macam tukan... Time kita dalam pantang nilah sokongan moral dari suami amat diperlukan sebab kite dalam pantang ni badan masih letih lagi.. terima kasih untuk suamiku yang jaga baby dan x melenting bila aku suh jaga jab baby.. hehehe

Anak ummi sayang...

Bila dapat tengok baby senyum... Syok sangat rasanya. Ni baru umur sebulan yang x reti di agah lagi... dpt tgk dia senyum sendiri pun dah syokkan... x sabar nak tunggu baby besarlah...